UNIT KAMI


MAKLUMAT BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN DAN KEWANGAN

Bahagian Khidmat Pengurusan dan Kewangan (KPK) Lembaga Pelabuhan memainkan peranan yang penting dalam organisasi ini. Bahagian KPK ini bertanggungjawab dalam pengurusan sumber manusia dan kewangan LPJ. Ia juga menguruskan hartanah LPJ yang dipajakkan kepada pengendali-pengendali pelabuhan dan juga hartanah-hartanah lain milik LPJ.

a)  Unit Sumber Manusia 
Berperanan menguruskan dan membangunkan segala aspek keperluan sumber manusia bagi memastikan misi dan visi Lembga Pelabuhan Johor didukung oleh pegawai-pegawai yang kompeten dan bertanggungjawab.



b)  Unit Khidmat Am   
Menguruskan hal ehwal pentadbiran dan pengurusan pejabat agar dapat melancarkan sistem penyampaian dan sokongan kepada pelaksanaan fungsi organisasi. 


PERANAN/ FUNGSI DI UNIT SUMBER MANUSIA

Sepertimana yang diketahui, Sumber manusia adalah faktor utama dalam suatu organisasi. Walau organisasi dibentuk dengan tujuan yang berbeza, namun organisasi dibuat berdasarkan pelbagai misi visi demi kepentingan manusia dan pelaksanaannya dikelola dan diurus oleh manusia. Oleh yang demikian, manusia merupakan faktor strategis dalam semua kegiatan institusi dan organisasi. Secara asasnya, Pengurusan Sumber Manusia adalah untuk mengatur dan mengurus tenaga manusia berdasarkan visi sesebuah organisasi agar tujuan tersebut dapat dicapai secara optimum. Manakala fungsi lainnya pula adalah berkait rapat dengan kerja-kerja pengurusan.